Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tukar nama jalan dan nama universiti ke nama ‘Sammy Vellu’ – Bekas Pembantu

Tukar nama jalan dan nama universiti ke nama 'Sammy Vellu' - Bekas Pembantu

Tukar nama jalan dan nama universiti ke nama ‘Sammy Vellu’ – Bekas Pembantu. Bekas pembantu kepada mendiang S Samy Vellu menggesa Putrajaya menukar nama sama ada Jalan Ipoh atau Jalan Raja Laut bersempena nama bekas presiden MIC yang paling lama berkhidmat.

E Sivabalan, yang berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Samy Vellu dari 2002 hingga 2008 dan kemudian sebagai setiausaha sulit kanannya dari 2010 hingga 2018, berkata ini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan bekas menteri itu kepada negara.

Beliau juga menggesa MIC mencadangkan agar kerajaan menamakan semula Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia atau Universiti AIMST di Kedah dengan nama Samy Vellu, yang membantu menubuhkannya.

“Universiti berkenaan yang diuruskan oleh Maju Institute of Educational Development atau MIED, sayap pendidikan MIC diilhamkan oleh mendiang Samy Vellu.

“Jasa dan pengorbanan beliau kepada pembangunan negara, khususnya dalam sektor infrastruktur negara perlu diiktiraf,” katanya dalam kenyataan.

Samy Vellu, yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008, meninggal dunia pagi semalam pada usia 86 tahun.

Ahli politik merakamkan ucapan takziah atas pemergian Samy Vellu berikutan sumbangannya kepada infrastruktur tempatan dan masyarakat India.- FMT

Baca: Hanya pengundi korup yang akan mengundi parti korup – Tun Mahathir

Petanda Hadi Awang sudah nyanyuk

Najib terlalu ‘manja’ dalam penjara

Share This Story

Berita Berkaitan