Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ulamak PAS masih mahu bekerjasama dengan UMNO untuk dapatkan kuasa

ULAR

Ulamak PAS masih mahu bekerjasama dengan UMNO untuk dapatkan kuasa. Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara hari ini menerima usul penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) dan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Usul berkenaan dibentangkan pewakilan Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Saripudin Tuan Ismail tanpa dibahas pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-61, hari ini.

Ia kemudian disokong oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan majoriti perwakilan yang hadir.

Usul berkenaan akan dibawa dan dibahaskan di Muktamar PAS Pusat yang berlangsung selama dua hari, esok.

Tuan Saripudin berkata, untuk menyatukan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu-Islam, PAS perlu memainkan peranan secara proaktif di bawah agenda penyatuan ummah.

“Strategi satu lawan satu hendaklah dilaksanakan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri antara parti politik teras Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu-Islam supaya tidak berlaku perpecahan yang hanya akan menguntungkan PH, seterusnya mengukuhkan jumlah kerusi Muslim,” katanya.

Terdahulu, Ketua Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya dalam ucaptamanya menegaskan PAS perlu memperkasakan MN sebagai tanda aras dalam menghadapi PRU-15.

Katanya, dalam konteks PAS dan UMNO sayap parti itu harus tampil mengharmonikan dua pihak yang bertelagah, mengikat semula tali kesatuan ummah serta menyatakan tekad politik yang tinggi untuk menangani perpecahan mazhab.- Berita Harian

Baca: Flying kiss buat atok Najib

Berat jenayah Mat Bangla ni buat, memang kau tak lepaslah buat hal ni kat Malaysia

Semangat Najib kena ada dalam diri ahli UMNO supaya boleh menang PRU

Share This Story

Berita Berkaitan