UMNO takut jika peratus keluar mengundi tinggi – Adly Zahari
Kuala Terengganu – Desakan UMNO untuk mengadakan segera PRU 15 adalah kerana mereka mahu peratus keluar mengundi yang rendah.
Berucap di Majlis Jamuan Dana PRU 15 di sini, Adly Zahari yang juga Naib Presiden AMANAH menyatakan jika peratus keluar mengundi tinggi, UMNO akan sukar untuk memenangi PRU akan datang.
“Sebab tu mereka (UMNO) nak adakan pilihanraya musim banjir. Sebab dia tahu musim banjir pengundi takkan keluar mengundi.” kata Adly.
“tapi dia (UMNO) cukup jentera untuk membawa pengundi ke pusat mengundi kerana UMNO ada semua (kuasa dan wang) dan logistik pun UMNO pegang, malah UMNO sekarang Perdana Menteri.” katanya lagi.
Mengulas tentang perpecahan undi pembangkang, Adly Zahari berkata Perikatan Nasional tidak akan mampu membentuk kerajaan kerana undi terasnya masih rendah berbanding Pakatan Harapan.
“Mengundi PN hanya akan memenangkan BN. Sebab itu jika pengundi mahu BN ditewaskan, pengundi mesti mengundi PH pada PRU akan datang.”
Baca: