Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Umpama filem cinta, wanita tinggalkan kemewahan demi cinta sejati

Umpama filem cinta, wanita tinggalkan kemewahan demi cinta sejati. Seorang wanita kaya berusia 28 tahun di Vietnam sanggup meninggalkan kekayaan untuk hidup bersama seorang lelaki miskin, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menurut laman berita eva.vn, Tam berasal daripada keluarga yang kaya. Dia sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Akan tetapi, perkahwinannya berakhir dengan perceraian selepas sembilan tahun berumah tangga.

Selepas bercerai, ibu bapa Tam mahu membantu menjaga dia dan anaknya. Akan tetapi, Tam jatuh cinta dengan seorang lelaki miskin dari bandar Soc Trang.

Keluarga Tam sangat melarang dan tidak merestui hubungan itu. Malangnya larangan itu tidak diendahkan.

Ibu bapa Tam memberinya pilihan untuk meninggal empat anaknya bersama suami baharunya itu dan menikmati hidup mewah. Tam enggan berbuat sedemikian, membuatkan ibunya bertegas tidak mahu menerimanya lagi.

Tam bersama suami baharunya tinggal di rumah sewa berhampiran kawasan perindustrian untuk berteduh sebelum berpindah ke bilik motel yang sempit.

Mereka sekeluarga kini menyara hidup dengan mengutip barang terpakai dan menjualnya. Tam sering ditemani anak-anaknya ketika mencari sampah.

Layanan yang diberikan keluarga Tam berbeza jika dibandingkan dengan keluarga suaminya yang miskin dan tinggal di luar bandar.

Walaupun dia tidak sehaluan dengan ibu bapanya sendiri, Tam tetap berharap suatu hari nanti dia dapat pulang ke rumah. – Agensi

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Pulau Diego Garcia menyimpan misteri MH370? Ini fakta aneh mengenai pulau misteri ini

Malang! Isteri maut terperosok bawah kereta yang dipandu suami

Baru tiga bulan masuk sekolah, cikgu dah berani buat benda ni

Share This Story

Berita Berkaitan