Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Bomba tangkap ular 80kg kekenyangan lepas telan kambing

Bomba tangkap ular 80kg kekenyangan lepas telan kambing

[Video] Bomba tangkap ular 80kg kekenyangan lepas telan kambing. Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di dalam kandang di Felda Inas di sini pada Rabu berjaya ditangkap anggota bomba.

Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80 kilogram (kg) ditemui pemilik kambing di dalam kandang tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Fidaus Juritah berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 7.21 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia itu berada di dalam kandang kambing tersebut.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut.

“Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada penempatan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu. – Sinar Harian

Baca: Kecoh ! Ibu trauma nampak ular merayap atas beg sekolah anak

Kucing peliharaan selamatkan tuan dari ular tedung terima pujian netizen

Sedih ! Kucing Kesayangan Dimakan Ular Sawa Ketika Pulang Beraya

Share This Story

Berita Berkaitan