Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Video seorang ibu hempas meja ke atas anak ini bikin netizen geram

Video seorang ibu hempas meja ke atas anak ini bikin netizen geram. Sebut mengenai anak kandung khususnya yang masih kecil sudah pastinya ramai yang mempunyai ihsan terhadap mereka. Malah, ramai yang sanggup menjaga bagai mentang minyak yang penuh sehingga anak tersebut besar dan mampu berdirikari.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila dikongsikan TikTok @imeautopar77 di mana anak beliau bernama Muhammad Daniel Putra berusia 5 tahun telah dibawa lari oleh bekas isteri secara tanpa izin pada 16 Mac 2019.

Difahamkan anak beliau telah didera oleh ibu kandung sendiri iaitu bekas isteri beliau di mana anak yang tidak bersalah tersebut turut dihempas meja ke atasnya.

Situasi ganas yang dilakukan bekas isteri telah mendesak scandal atau teman lelaki bekas isterinya tampil berkongsi video keganasan yang dilakukan kepada beliau.

@imeautopar77

ini anak sy muhammad Daniel putra . anak sy di bawa lari awal lock down 16/marc/2019 .bekas wife bawa lari anak sy tanpa izin sy … penderaan belaku tahun ini perkongsian dari scandal nya pada sy yg sdr tdk kenali siapa lelaki berkenaan apa hubungan mereka. anak sy di pukul dengan meja .laporan polis telah saya buat tapi rasa kecewa teramat. sy buat report hari yg sama berita ini sy dpt tahu dr jam 9mlm -3pagi tutp shaja kedai terus buat report takut anak sy jdi apa2. kerana lama disidai menunggu laporan sy putus asa dr mengubah report betukar menarik report .dengan anak sy yg masih kecil usia 5tahun besok nak sekolah sampai berjam lama kena tgu.sy akur dan kecewa jika anda seorang bapa melihat anak anda di dera oleh manusia macam ni apa anda rasa? sy serta kan report awal sy juga jdi mangsa keganasan yg belaku pada hdp sy penah di cederakan ada bikti masih beparut.kerana jantan lain jga nak bawa dia kuar jam 1pagi kerana sy larang sy di baling ibu kunci atau solex padu memancut darah di kepala sy… kini sy berserah pada umum utk menilaikan .sy x ada kaitan dlm vdo ni cuma penerima vdo keadaan anak sy ..hingga kini tiada berita . beliau berasal dr thailand menpunyai 2 indentiti nama /ic belainan nama dan usia .bila sy laporkan hal ini pihak berwajib kata mereka org sana mmg biasa ? jdi x kesalahan atau akta kesalahan yg blh di kaitkan jika anak sy mati atas nama dia di thailand adakah blh di dakwa ?sedgkan nama di malaysia lain…1org punyai 2umur berbeza/nama ada 2 ic malaysia /ic thailanda.. sy harap yg ingin memberi komen bialah berasas .sy putus asa mana tpt hdk sy salurkan masalah ni…adakah tgu anak sy jadi jenazah baru sy dpt anak sy .sy yg membesarkan anak sy dr besar telapak tgan sy .bila ank da pandai urus diri sdr ambil dlm diam2…..

♬ original sound – IMEAUTOPART

Keadaan yang perit untuk dilihat ini telah mendesak beliau untuk tampil membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa pulang dengan hampa apabila beliau dikatakan gagal membuat laporan dari jam 9 malam sehingga 3 pagi. Beliau memaklumkan memilih untuk pulang selepas hampir 6 jam menunggu dan perlu ke sekolah pada keesokan harinya.

Lelaki ini turut memaklumkan telah membuat laporan mengenai keganasan yang berlaku terhadap beliau sewaktu dicederakan oleh seorang teman lelaki bekas isterinya sebelum ini.

Situasi yang berlaku sekaligus telah meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa kasihan terhadap anak kecil tersebut. Berikut merupakan respon netizen terhadap situasi yang berlaku.

Video seorang ibu hempas meja ke atas anak ini bikin netizen geram

Video seorang ibu hempas meja ke atas anak ini bikin netizen geram

Perkongsian yang dibuat sekadar memaklumkan keadaan yang berlaku serta menyerahkan kepada netizen untuk menilai insiden yang berlaku terhadap beliau dan anak.- TheVocket

Baca: Tun Mahathir mahu jadi perdana menteri sekali lagi ?

Tukar nama jalan dan nama universiti ke nama ‘Sammy Vellu’ – Bekas Pembantu

Tengah seronok bersantai bersama keluarga, wanita ini hampir-hampir memijak haiwan yang menakutkan ini

Share This Story

Berita Berkaitan