Wanita ini kena scam sampai muka jadi hodoh. Sebelum pergi trip nak buat kening baru yang lebih cantik.
Tindakan samalah yang turut diambil seorang wanita dari Thailand ini sebelum merancang untuk bercuti. Niat Nipapron Meeking awalnya ingin kening baru yang lebih cantik sebelum salah seorang rakan mencadangkan sebuah klinik kecantikan kecil di wilayah Rayong, timur Thailand.
Walau bagaimanapun, prosedur yang dilakukan gagal dan memperlihatkan Nipapron seperti mempunyai dua pasang kening pula. Selepas melihat ke arah cermin usai proses tersebut, wanita itu menjelaskan dirinya terus terpaku dan kehilangan kata-kata. Susulan kejadian itu, kakitangan klinik juga berjanji untuk baiki semula kesilapan tersebut secara percuma pada keesokan harinya.
Akan tetapi, keesokan harinya premis berkenaan terus tutup dan sehingga kini tidak lagi dibuka manakala dia pula harus teruskan hidup dengan 2 pasang kening di muka. Insiden tersebut akhirnya menjejaskan confident untuk wanita itu keluar di khalayak ramai. Beberapa orang pelukis tatu yang lain juga tidak berjaya memperbaiki sebelum berjumpa seorang artis yang tawarkan untuk padam ‘kening’ berkenaan secara percuma.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Skandal 1MDB : Had limit kad kredit Najib sebanyak 3 juta, namun Najib sedikit pun tak persoalkan
Untung orang Perak, tak payah susah-susah nak ambil lesen kenderaan..