Wanita ini ‘menangis’ tengok apa yang anaknya dah buat di luar rumah. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita yang menangis apabila anaknya memasukkan air ke dalam tangki petrol motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.
Video ini dimuat naik dalam akaun TikTok @internonaa.
@internonaa
Berdasarkan rakaman tersebut, wanita itu membuka penutup tangki minyak motosikalnya dan mendapati ia dipenuhi air.
Dia memaklumkan bahawa perbuatan itu dilakukan anak kecilnya walaupun baru sahaja mengisi penuh minyak di kedai.
Dia juga mengetahui perbuatan itu apabila mendapati lantai di kawasan tersebut basah dan berbau minyak.
Wanita itu turut dilihat mencelupkan jari ke dalam lubang tangki minyak untuk memastikan bahawa ia dipenuhi air.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Anak pintar bantu ibu mencuci tangki minyak,” kata seorang netizen.
“Sakit tidak berdarah,” komen netizen lain. – Agensi
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Terhidu gas beracun, pasangan kekasih maut dalam kereta
Isteri kantoi dengan laki lain di hotel, rupa-rupanya ada cerita lain yang berlaku
Nafsu pelik lelaki ini tiba-tiba cium kaki wanita undang pelbagai reaksi netizen