Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Wanita kena tikam selepas minta putus hubungan

Wanita kena tikam selepas minta putus hubungan. Seorang wanita parah ditikam dan ditetak teman lelaki kerana mahu memutuskan hubungan dalam kejadian di sebuah pangsapuri dekat Masai, Pasir Gudang, semalam.

Kejadian berlaku jam 12 tengah hari itu, hanya disedari pengawal keselamatan selepas terdengar jeritan mangsa.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, pengawal keselamatan memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman itu dan ketika membuat pemeriksaan, mendapati suspek memegang pisau dengan mangsa berlumuran darah.

“Polis berjaya berjaya menahan suspek berusia 30 tahun yang juga pemandu e-panggilan di lokasi sama, jam 1 tengah hari kejadian kerana menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa.

“Mangsa luka di muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam di bahagian rusuk. Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.

Sohaimi berkata, siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan mereka.

Katanya lagi, polis turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 6 September selepas permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Khalida Farhana Abu Bakar, di Mahkamah Majistret, hari ini,” katanya.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Saya pernah jadi First Lady of Malaysia dan banyak beri sumbangan untuk negara – Rosmah Mansor

Membaca provokasi lawan

Ngeri, lelaki maut terkelar leher sendiri

Share This Story

Berita Berkaitan