Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Warga emas OKU maut digilis lori selepas terjatuh motor

Warga emas OKU maut digilis lori selepas terjatuh motor. Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal diboncengnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam dekat sini, pada Rabu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan wanita berusia 66 tahun itu yang beralamat di Simpang Renggam meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan kejadian berdekatan kawasan Parit Hamid itu pada jam 11 pagi.

“Siasatan mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama iaitu dari Ayer Hitam menuju Batu Pahat.
“Semasa membonceng, mangsa telah terjatuh di atas bahu jalan sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Wanita itu terjatuh dipercayai selepas hilang imbangan kerana sebelah kakinya kudung,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, bagaimanapun suami wanita tersebut yang berusia 64 tahun iaitu penunggang motosikal tersebut serta pemandu lori berkenaan terselamat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Terhidu gas beracun, pasangan kekasih maut dalam kereta

Selepas orang dewasa, KKM saran kanak-kanak pula untuk dos penggalak

Isteri kantoi dengan laki lain di hotel, rupa-rupanya ada cerita lain yang berlaku

Share This Story

Berita Berkaitan