Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Warga emas raba bahagian sulit remaja kena penjara 10 tahun, sebelum ini dia juga pernah rogol remaja yang sama

Warga emas raba bahagian sulit remaja kena penjara 10 tahun, sebelum ini dia juga pernah rogol remaja yang sama. Seorang warga emas yang mengalami masalah pendengaran kronik dipenjara 10 tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Melaka hari ini atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja bawah umur.

Rosmi Hassan, 72, didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun dengan cara meraba bahagian sulit mangsa mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Memetik Utusan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 10 pagi hingga 3 petang dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva di Melaka Tengah pada 29 Ogos 2022, mengikut fakta kes, mangsa memberitahu telah berkawan rapat dengan tertuduh sejak lelaki itu kematian isterinya, dua tahun lalu.

Pada 29 Ogos 2022, pengadu telah terserempak dengan adiknya yang sedang menaiki kereta jenis Perodua Viva bersama tertuduh dan ketika cuba mendekati, warga emas itu bertindak melanggarnya dan melarikan diri.

Sebaik sahaja berjaya ditahan, pengadu berasa terkejut apabila mangsa memberitahu tertuduh ada meraba badannya serta melakukan hubungan seks.

Warga emas itu turut dihadapkan dengan pertuduhan kedua atas kesalahan merogol remaja sama di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah, sekitar pukul 3.30 petang pada pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan bagi pertuduhan berkenaan.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan sudah berusia lebih 70 tahun, selain mempunyai dua anak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal kerana jarak usia tertuduh dengan mangsa dan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan satu sebatan serta kaunseling pemulihan di penjara bagi kesalahan amang seksual fizikal.

Mahkamah turut menetapkan 28 September ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam bagi pertuduhan rogol. Dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh, tertuduh juga disabitkan dengan pertuduhan mencederakan abang mangsa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh diperintahkan membayar denda RM1,800 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Berat jenayah Mat Bangla ni buat, memang kau tak lepaslah buat hal ni kat Malaysia

Flying kiss buat atok Najib

“Keluarga Najib akan jatuh miskin dengan denda sebanyak itu” – MKT UMNO

Share This Story

Berita Berkaitan