9 Tips Menarik IOS 16 Iphone 2022. Terdapat pelbagai ciri menarik iOS 16 yang anda boleh terokai menerusi kemas kini terbaharu ini.
Pada kali ini, Apple menawarkan solusi untuk mengubah suai pelbagai perkara termasuklah lock screen, widgets dalam masa yang sama turut meningkatkan produktiviti seharian dengan beberapa ciri penting.
Ini sembilan ciri menarik iOS 16 yang anda perlu ketahui sebelum menggunakannya.
1. Lock screen serba baharu
Menariknya, anda boleh mengubah gaya fonts, warna dan juga style gambar yang lebih unik. Semua ini boleh dibuat pada lock screen utama dengan mudah. Anda boleh mencipta sejumlah rekaan lock screen termasuklah menggunakan koleksi tema template yang disediakan oleh pihak Apple sendiri.
2. Menambah widgets pada lock screen.
Dengan ini, anda sudah boleh mengakses sesuatu fungsi tanpa perlu menyahkunci skrin untuk melihat atau menggunakan widget tersebut. Anda boleh menambah widgets dengan mudah pada ruangan yang disediakan di lock screen utama.
3. Tukar pilihan lock screen berdasarkan mod Focus
Anda boleh mengakses tetapan untuk berbuat sedemikian menerusi bahagian Your Focus untuk membuat lock screen versi Focus. Dengan menggunakan tetapan Focus ini, anda hanya akan dipaparkan dengan informasi dan juga mesej daripada mereka yang penting sahaja agar boleh meningkatkan produktiviti seseorang.
4. Menapis aplikasi atau mesej untuk mod Focus.
Menerusi mod Focus, anda boleh menapis bagaimana aplikasi dan notifikasi secara spesifik sewaktu diaktifkan. Dalam bahasa mudahnya, anda boleh menapis sejumlah aplikasi atau notifikasi mesej yang diterima daripada dipaparkan pada paparan utama.
5. Boleh menyunting dan membatal pada iMessage
Salah satu ciri yang dinantikan ramai iaitu kebolehan menyunting mesej yang dihantar ekoran typo dan sebagainya. Malah, anda juga boleh membatal sesuatu mesej yang baru dihantar sekiranya anda bertukar fikiran dalam tempoh tertentu.
6. Menjadualkan e-mel yang mahu dihantar
Anda boleh berbuat sedemikian dengan hanya menekan butang hantar dalam sesuatu tempoh kemudian pilih bilakah anda mahu menghantar e-mel tersebut.
7. Membuat peringatan untuk menghantar sesuatu e-mel.
Sekiranya anda sudah menangguhkan sesuatu e-mel yang mahu dihantar, kini boleh juga membuat peringatan pada e-mel berkenaan agar tidak lupa. Anda boleh menetapkan peringatan penghantaran e-mel dengan swipe e-mel berkenaan dan klik butang Remind Me.
8. Membatalkan e-mel yang baru dihantar
ciri ini boleh memastikan setiap e-mel yang dihantar akan sentiasa berada di dalam teliti dan kekal profesional dari sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam seharian. Anda boleh klik pada Undo Send untuk membatalkan penghantaran sesuatu e-mel.
9. Mengasingkan subjek daripada latar belakang
9/ Lift subject from the background
You can now easily lift the subject from an image or isolate the subject by removing the background.
Open an image and long tap on the main subject. A shimmer will appear, and you can click "Copy". You can now paste the image elsewhere. pic.twitter.com/poHorVCgtq
— Marius Hauken (@mhauken) September 10, 2022
Akhir sekali, ciri menarik iOS 16 yang dibawakan adalah kebolehan mengasingkan sesuatu subjek daripada latar belakang pada gambar. Anda sudah tidak perlu menggunakan aplikasi ketiga dan menyunting hanya untuk mengasingkan sesesuatu objek sebelum dihantar sebagai mesej.
Kini anda hanya perlu menekan dalam beberapa saat pada subjek di dalam gambar dan klik Copy untuk menyalinnya. Kemudian, anda boleh menampal subjek yang disalin pada mana-mana aplikasi pemesejan seperti iMessage.
Baca : Guna 7 cara hilangkan kotor pada baju putih