Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ada sebab UMNO nak buat PRU dalam musim banjir

Ada sebab UMNO nak buat PRU dalam musim banjir

Ada sebab UMNO nak buat PRU dalam musim banjir. Kerajaan yang berjaya dibentuk melalui pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim banjir, hujung tahun ini tidak mencerminkan mandat sebenar daripada rakyat.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata ini kerana pihaknya yakin ramai rakyat tidak akan keluar mengundi berikutan faktor banjir boleh menghalang mereka daripada menunaikan tanggungjawab itu.

Sehubungan itu beliau berkata, UMNO tidak boleh menggunakan alasan PRU15 perlu diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperoleh mandat sebenar dari rakyat sedangkan hakikatnya ia menggambarkan keadaan sebaliknya.

“Dengan diadakan PRU15 ketika musim tengkujuh, kemungkinan sebilangan ramai rakyat tidak akan keluar mengundi namun menurut UMNO jika PRU15 diadakan tahun ini juga, maka mandat sebenar dari rakyat dapat diperolehi.

“Justeru adakah boleh dianggap keputusan PRU dengan peratusan keluar mengundi yang rendah sebagai mandat sebenar?” katanya kepada BH, di sini.

Sebelum ini, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini di mana Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada

Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun pelbagai pihak termasuk pemimpin politik menyifatkan keputusan pembubaran Parlimen bukannya hak UMNO, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu membentangkan mengenai cadangan itu kepada Kabinet terlebih dahulu.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, UMNO didakwa sengaja ingin mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh bagi mengharapkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Beliau berkata, UMNO ingin menggunakan kaedah sama seperti mana di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor di mana peratusan keluar mengundi yang rendah memberi kemenangan buat parti itu.

“UMNO berjaya memenangi PRN Melaka dan Johor, tapi dengan peratusan undi yang rendah. Sebilangan besar rakyat Melaka dan Johor tidak keluar mengundi atau mengundi parti yang menentang UMNO dan BN (Barisan Nasional).

“Inilah yang diharapkan oleh UMNO kerana peratusan keluar mengundi yang rendah memberi peluang kepada mereka untuk menang,” katanya.- BH

Baca: Pengarah Ahmad Idham beri ‘hint’ jadi calon GTA bertanding di Port Dickson

“Betul ke Hadi Awang ini beriman?” Wanita ini selamba ‘tibai’ Presiden PAS

UMNO tak kisah rakyat mati, GTA dah ada plan B – Tun Mahathir

Share This Story

Berita Berkaitan