Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Anwar calon terbaik Perdana Menteri -Husam

Anwar calon terbaik Perdana Menteri -Husam. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon Perdana Menteri terbaik kerana kepimpinannya yang mantap bagi membimbing generasi baharu dengan polisi-polisi yang betul.


Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu sebagaimana yang dipesan Allahyarham bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkali-kali kepadanya sebelum ini.

Malah, beliau berkata, bekas Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan Presiden PKR itu berjaya menterjemahkan Islam yang syumul melalui agendanya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

“Tok guru Nik Aziz pesan kepada saya dan rakan-rakan berkali-kali iaitu Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan malam ini saya datang untuk melengkapkan harapan dan misi Tok Guru yang sudah meninggal dunia.


“Tok Guru Nik Aziz kata Malaysia memerlukan Anwar jadi Perdana Menteri kerana beberapa sebab. Pertama kepimpinan yang mantap. Negara hanya boleh jadi kuat kalau pemimpinnya kuat.

“Siapakah calon Perdana Menteri yang kita ada pada hari ini antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar. Calon yang boleh menguatkan Malaysia (adalah) individu yang ada rekod prestasi pernah jadi Timbalan Perdana Menteri yang berjaya membawa agenda perumahan bagi rakyat di bandar-bandar dan di desa

“Semasa saya menjadi sebahagian daripada jentera untuk menentang Barisan Nasional dalam Pas, yang paling kami gerun adalah Anwar. Kerana apa? Bukan kerana pidato yang kosong. Tetapi kerana agenda perumahan, agenda ikhtiar untuk masyarakat miskin di luar bandar, agenda universiti Islam dan Bank Islam dan agenda Islamisasi yang direalisasikan. Tok guru kata Anwar telah berjaya menterjemahkan Islam yang syumul,” katanya malam ini.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman calon PKR di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Kosas di sini.

Dalam pada itu, Husam mengharapkan Kelantan dan Terengganu dapat menyumbang sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen bagi memudahkan laluan Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Kelantan boleh menyumbang satu Terengganu boleh menyumbang satu, (ia) mengukuhkan langkah kita ke Putrajaya.

“Kalau Pakatan Harapan boleh menyumbang lebih di Kelantan dan Terengganu, maka harapan kita menjadi lebih cerah.

“Saya berharap anak-anak Kelantan di perantauan berkorban diri untuk balik mengundi menjayakan perubahan negara Malaysia dengan mengundi calon-calon PH,” ujarnya. –UTUSAN

Baca : Mahkamah perintah Syed Saddiq bela diri 4 pertuduhan

“Imigresen yang paksa saya pakai tudung”- Sajat

“Saya Tabik Pegawai-Pegawai Kerajaan” -Mat Sabu

Share This Story

Berita Berkaitan