Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Aplikasi Whatsapp tergendala satu dunia

Aplikasi Whatsapp tergendala satu dunia. Perkhidmatan aplikasi WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah teknikal ekoran pengguna tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej.


Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada pukul 3 petang tadi.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 400 pengguna perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.


Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di media sosial juga mendapati, aplikasi itu bukan sahaja tidak dapat diakses di negara ini malah turut melibatkan pengguna di Dubai, Amerika Syarikat, Indonesia dan juga India.- KOSMO!

Baca : [Video] Bayi dan kanak-kanak nyaris maut, main di luar tingkap

‘Paywave’ alaf baru, teknik berkesan cashless

OPR naik lagi bulan depan?

Share This Story

Berita Berkaitan