Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Atok perut besar bertukar jadi ‘sado’

Atok perut besar bertukar jadi 'sado'

Atok perut besar bertukar jadi ‘sado’. Seorang lelaki warga emas dari Leeds nekad melakukan tranformasi dramatik dari ‘perut besar’ dan masalah penyakit tekanan darah tinggi kepada badan seorang ahli bina badan.

Menurut laporan Leeds Live, lelaki yang bernama Steve Ramsden itu tekad untuk melakukan transformasi susulan bimbang akan masalah kesihatan yang dihadapinya.

10 bulan yang lalu, lelaki yang berusia 60 tahun itu hampir disahkan menghidap diabetes serta mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Dia juga dilaporkan sering mengalami serangan sakit belakang sewaktu dia bekerja sebagai paramedik untuk Perkhidmatan Ambulans Yorkshire.

Belakangnya dilapor sakit apabila dia membawa pesakit. Kesan daripada kesakitan itu telah membuatkan dia nekad untuk berusaha ke arah mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Steve mempunyai berat badan lebih 100 kilogram pada Krismas lalu, dan sedang mengambil pil statin untuk masalah kolestrolnya.

Sejak dari itu, dia kini dilaporkan telah berjaya mengurangkan sebanyak 36 kilogram berat badannya bersama dengan anaknya Dan.

Dan mendedahkan bahawa bapanya itu turut merancang untuk menyertai pertandingan bina badan.

Steve nekad mengubah gaya hidupnya supaya dia boleh kekal sihat untuk sentiasa berada disamping keluarganya selama yang boleh.

Bapa kepada dua anak itu mempunyai seorang cucu dan berharap anak-anaknya akan dapat memberinya seorang lagi cucu pada masa akan datang.

Salah seorang anaknya, Dan Ramsden, memiliki perniagaan latihan peribadinya sendiri yang bernama BoFit di Wakefield. Dia telah menawarkan dirinya untuk melatih ayahnya sebagai hadiah Krismasnya.


“Dia merupakan seorang lelaki yang gagah dan kemudian hilang arah serta keyakinan apabila dia semakin berusia,” kata Dan yang berjaya membantu ayahnya daripada mempunyai ‘perut besar’ kepada ‘six pack’.

“Sudah hampir setahun dia melakukan perubahan. Dia juga telah kehilangan beberapa kilogram dan mula mengawal minum dan makanannya. Dia mempunyai masalah sakit belakang yang teruk kerana tidak sihat,” kata Dan.

“Dia telah menjalani transformasi yang keras selama 12 minggu dan dia benar-benar berdisiplin,” kata Dan lagi.

Dan berkata dia percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menurunkan berat badan mereka walapun anda sudah berumur.

Steve amat berbangga dengan perjalanannya untuk menurunkan berat badan dan mendapat semula staminanya.

“Saya tidak minum banyak, saya makan makanan sihat dan saya tidak pernah terlintas untuk melihat semula otot perut saya. Saya akan menjaga diri saya untuk keluarga saya.

“Kehilangan beberapa kilogram adalah sesuatu yang bagus. Saya berasa lebih baik sekarang, minda saya dan gaya hidup saya,” kata Steve.- Sumber

Baca: Panas!! Geng Sepahtu akhirnya buka mulut, dedah perangai sebenar Shuib

Kisah Dayah Zubit, pengasuh Aafiyah yang buat semua orang terkejut

Rupanya 5 artis Malaysia ni pernah jadi pensyarah

Share This Story

Berita Berkaitan