Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Bawa Honda tapi ‘tak mampu’ bayar tol

Bawa Honda tapi 'tak mampu' bayar tol

Bawa Honda tapi ‘tak mampu’ bayar tol. Isu Honda dan ‘tidak bayar tol’ boleh dikatakan salah satu perkara wajib berlaku setiap tahun di negara ini. Baru-baru ini seorang wanita berkongsi rakaman video di TikTok bagaimana seorang pemandu Honda Civic ‘cucuk’ belakang keretanya kerana mahu mengelak daripada membayar tol.

Pada awal video tersebut sebuah Honda Civic berwarna silver mengundur kereta untuk memberi laluan kepada wanita berkenaan. Sejurus kereta wanita mula bergerak keluar dari plaza tol, pemandu Honda itu segera memecut keretanya rapat dengan kereta hadapan untuk melalui tol secara ‘percuma’.

@nhm0312 Hmm Bincangkan #Honda ♬ I Ain't Worried – OneRepublic

Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Civic itu kerana menjadi penceroboh tol dengan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Pada masa sama netizen turut berasa sedikit geram terhadap pemandu kerana ‘tersalah langkah’, bergerak terlalu perlahan dan tidak berhenti selepas palang sehingga menyebabkan kereta Honda Civic itu dapat melalui tol tersebut secara percuma.

Baca: Viral video pengunjung kantoi buat ‘projek’ dalam khemah

PM umum tol percuma bermula esok

“Kereta mahal bukan petanda hidup berjaya, baik beli Axia atau naik motor sahaja”

Share This Story

Berita Berkaitan