[Berjaya] 9 Cara Lajukan Internet Di Telefon Pintar. Terasa macam mahu menyumpah bila Internet sangat perlahan. Geram sangat bukan? Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan cara lajukan Internet yang anda guna seperti U Mobile, Celcom, Digi dan Maxis.
Penggunaan Internet sekarang semakin penting untuk kita. Tetapi, apa yang akan terjadi sekiranya Internet menjadi lambat?
Walaupun isyarat di telefon anda sudahpun tertera 3G, H+ atau 4G, tetapi Internet masih perlahan dan ini sememangnya mengecewakan anda.
Anda mesti terfikir, adakah masalah ini datang daripada telefon anda sendiri? Ataupun operator telefon anda, misalnya Maxis, memang agak bermasalah pada hari itu? Jangan risau.
Di bawah, akan dikongsikan tips-tips untuk melajukan Internet di telefon anda.
Cara lajukan Internet telefon bimbit
Jika Internet yang slow itu semasa anda gunakan telefon pintar, sila ikut panduan di bawah ini. Cara lajukan Internet ini terpakai untuk semua penyedia telekomunikasi di Malaysia, termasuk:
Bersihkan cache
Anda boleh melakukan pembersihan cache pada aplikasi yang berada di dalam telefon adna, terutama sekali aplikasi yang menggunakan Internet. Cache yang terkumpul dalam telefon anda akan melambatkan proses di telefon anda, dan ini juga memperlahankan Internet telefon anda. Di bawah, adalah cara-cara untuk anda membersihkan cache secara manual.
Anda juga boleh membersihkan cache di dalam telefon anda secara automatik menggunakan aplikasi membersihan cache seperti App Cache Cleaner.
Ubah setting Internet
Cara lajukan Internet yang seterusnya ialah dengan menyemak semula tetapan sedia ada di telefon anda.
Anda boleh mencuba langkah ini sekiranya pautan Internet di tempat anda tidak stabil.
Anda perlu mengetahui dahulu kestabilan Internet di tempat anda. Jika di tempat anda, signal yang terpapar boleh berubah daripada E ke H+, 3G ataupun kadangkala 4G, ini bermakna signal di kawasan anda tidak stabil.
Jika anda ingin tahu, kilang telah menetapkan pautan Internet pada telefon anda pada automatik. Ini bermakna, telefon anda secara automatik akan memilih jenis pautan yang terkuat di kawasan itu.
Misalnya, jika di kawasan itu, telefon anda sering tertera isyarat E, ini bermakna, signal E adalah yang terkuat dan paling stabil di kawasan itu. Anda boleh ubah setting automatik ini dengan cara berikut:
Buang widget yang tidak perlu
Widget ialah paparan di dalam home screen telefon anda seperti jam, kalendar, ruangan untuk Google Search atau paparan cuaca. Widget, terutamanya yang menggunakan Internet, sangat memakan kelajuan Internet telefon anda. Melainkan anda betul-betul memerlukan widget ini, buang widget ini daripada home screen anda.
Dalam kebanyakan telefon, cara untuk membuang widget adalah sangat mudah.
Buang aplikasi yang tidak digunakan
Anda juga perlu membuang aplikasi yang tidak atau jarang digunakan dalam telefon anda.
Kebanyakan aplikasi yang tidak memerlukan penggunaan Internet yang tinggi, tetap akan menggunakan Internet yang tinggi untuk memaparkan iklan yang disertakan dalam aplikasi tersebut.
Lajukan Internet dengan aplikasi Internet Booster
Dalam Google Play Store ataupun App Store, terdapat beberapa aplikasi yang berfungsi untuk melajukan Internet telefon pintar anda.
Aplikasi yang dinamakan sebagai Internet Speed Master dan juga Internet Booster & Optimizer merupakan dua daripada aplikasi yang terbaik setakat ini.
Sudah semestinya, anda perlu memerhati di bahagian review untuk mendapatkan feedback daripada pengguna lain yang telah download aplikasi ini, sama ada baik atau sebaliknya.
Gunakan pelayar Internet yang laju
Dalam telefon anda, sudahpun ada pelayar internet (internet/web browser) yang tersedia, termasuk Chrome, yang merupakan Google Chrome, produk Google.
Sebenarnya, kelajuan Internet juga dipengaruhi oleh jenis browser yang anda gunakan, dan Chrome tidak dapat membantu melajukan Internet di telefon anda.
Anda boleh ke Google Play Store ataupun App Store (sekiranya ada), dan download aplikasi Puffin.
Puffin ialah browser Internet. Dan mengikut kajian yang pernah dijalankan, Puffin adalah antara browser yang terpantas setakat ini.
Lajukan Internet dengan reset sambungan Internet
Kadangkala, masalah akan timbul aapbila berlaku gangguan sambungan Internet telefon anda dengan menara pemancar.
Hal ini selalu terjadi apabila telefon model lama ataupun telefon yang tidak mempunyai RAM yang besar. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan cara ini:
Tutup app yang sedang digunakan
Bagi anda pengguna telefon pintar, sekiranya anda membuka sesebuah aplikasi, dan anda keluar daripada aplikasi tersebut dengan menekan butang Back atau Home, aplikasi tersebut tidaklah terus terpadam, sebaliknya masih beroperasi di background untuk telefon anda.
Perkara ini akan melambatkan bukan sahaja telefon anda, tetapi juga kelajuan Internet anda. Malah, membuatkan telefon anda menjadi cepat panas.
Hal ini kerana aplikasi yang masih beroperasi di background memakan RAM anda. Anda perlu mematikan aplikasi ini sekiranya tidak mahu digunakan pada waktu tersebut.
Ada dua cara yang anda boleh gunakan.
1) Menekan butang menu untuk latest app
2) Guna Application Manager
Anda juga boleh download aplikasi di Google Play Store atau di App Store, iaitu Advance Task Killer, untuk melakukan fungsi ini secara automatik.
Buat Factory Reset
Cara ini hanya boleh dilakukan sekiranya Internet anda masih bermasalah setelah pelbagai cara dilakukan. Anda hanya perlu mengembalikan setting dan sistem asal untuk telefon anda.
Pastikan anda cari dahulu cara untuk melakukan factory reset di telefon anda, kerana setiap jenama adalah berbeza caranya untuk melakukan factory reset.
Cara lajukan Internet Unifi
Anda juga tahu bahawa masalah Internet menjadi perlahan ini bukan sahaja terdapat di telefon pintar, malahan juga pada sambungan Wifi anda. Anda dapat melihat pada router Wifi anda, lampu merah akan menyala, menandakan sambungan Internet anda sedang bermasalah.
Lebih mudah, boleh dikatakan bahawa Domain Name System (DNS) sedang bermasalah. Gunakan cara ini untuk menyelesaikan masalah anda.
Akhir kalam
Kelajuan Internet sama ada di telefon, ataupun di wifi anda, lazimnya akan berdepan dengan masalah. Itu perkara normal.
Jadi, dengan adanya panduan dan cara lajukan Internet ini, diharapkan agar dapat melajukan Internet anda.
Bagi telefon, perlahannya Internet di telefon anda juga disebabkan oleh cara penggunaan anda sendiri. Kelajuan Internet wifi pula kadangkala boleh terganggu tetapi boleh diselesaikan masalahnya.
Sekiranya tidak selesai, anda boleh rujuk masalah anda kepada syarikat telekomunikasi yang membekalkan perkhidmatan wifi ini kepada anda.
Semoga bermanfaat. –Rohani
Baca : Rekod dunia isytihar ‘Hari Isnin’ hari paling teruk
Kubah masjid besar terbakar, api marak ‘hint’ bala dari Allah