Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Breaking News: PM selesai menghadap Agong, mohon bubar Parlimen hari Isnin?

Kuala Lumpur: PM Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap YDP Agong pada pagi Ahad dan pelbagai spekulasi dibuat tentang pertemuan itu. Ramai menyatakan pertemuan itu adalah bagi membincangkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan PRU 15 diadakan dalam masa terdekat.

Menurut laporan Astro Awani, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H Bersamaan 2022, pagi tadi (Ahad).

Sebelum ini, Ismail Sabri turut menegaskan kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen berada sepenuhnya dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti ataupun membubarkan Parlimen.


Sekiranya pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sama ada Isnin atau Selasa, senario ini lebih kurang sama dengan situasi pada 1999.

Pada waktu itu, Parlimen dibubarkan selepas pembentangan bajet, yang mana perkara itu berlaku ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 1999.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengumumkan pembubaran Parlimen sekitar 10 November 1999, selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober tahun sama.

Secara logik, beberapa petunjuk yang memberi bayangan bahawa PRU15 tetap akan diadakan dalam masa terdekat sebenarnya secara tidak langsung telah jelas kelihatan.

“Hari Isnin jatuh pada 10.10.2022, tarikh ini cantik kalau nak pilih bubarkan Parlimen.” kata sumber yang enggan dikenali.

Baca: Lepas BN menang, yang jadi PM bukan Ismail Sabri – Tun Mahathir

Pemecatan Zaharin adalah amaran buat Ismail Sabri – Mukhriz

“PN cari duit, BN curi duit”- Muhyidin Yasin


Share This Story

Berita Berkaitan