Kuala Lumpur: Pelakon Sharifah Sakinah menepis dakwaan suaminya, Michael Hansen yang berjenaka mengenai perutnya yang buncit kerana sedang berbadan dua.
Jelas Sakinah, dakwaan berkenaan sekadar gurauan dan perutnya yang kelihatan lebih menonjol itu gara-gara makan berlebihan ketika bercuti di Dubai.
“Tidak…Saya bukan hamil, cuma menikmati makanan yang beraneka jenis di Dubai (No, I’m not pregnant. I just had so much food in Dubai),” tulisnya di ruangan kapsyen
.
Berita Berkaitan: Aksi panas dan ‘seksi’ atas katil artis ini kena kecam netizen
Berita Berkaitan: Saya bukan berkahwin dengan Sugar Daddy – Fouziah Gous
Menerusi paparan sebelum ini, Sakinah turut mengakui gaya pemakanan dan senamannya sedikit ‘tergelincir’ gara-gara keseronokan sedang bercuti. Namun, dia cuba untuk mengimbangi rutinnya itu sambil makan angin.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik suntingan video ketika sedang berada di sebuah restoran mewah di sana.
Terdahulu, Hansen dalam IG Story miliknya mendakwa isterinya hamil selepas Sakinah merungut akan perutnya yang sedikit berisi.
Difahamkan pasangan itu ke Dubai untuk bercuti bersama sejak beberapa hari lalu. Sakinah dan Hansen yang juga merupakan bapa tunggal mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 dan bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.