Gadis Cantik Digelar ‘Anak Pontianak’ Dijumpai Dalam Hutan 11 Tahun Lalu. Pelik tapi benar, nama gadis muda bernama Tiara Kartika sempat membuatkan media sosial TikTok kecoh sebelum ini. Di sebalik kecantikan yang dimiliki, tuan punya badan telah mendapat gelaran ‘Anak Pontianak’ atas beberapa sebab tertentu.
Tiara dijumpai di tengah hutan 11 tahun lalu
Difahamkan sekitar 11 tahun lalu, sosok Tiara yang masih bayi telah dijumpai terbiar sendirian di tengah-tengah kawasan hutan. Dek kerana kasihan, seorang wanita tua yang mesra disapa sebagai Nenek Nur telah membawa anak malang itu pulang ke rumah untuk dirawat. Selama beberapa tahun, dia tidak berkira membesarkan Tiara seperti keluarga sendiri dan menatang bagai minyak yang penuh.
Sesiapa yang memberi layanan buruk pada Tiara didakwa mengalami kesusahan
Menurut penjelasan ibu angkatnya pula, Tiara merupakan anak orang biasa namun mempunyai ‘pendamping’ yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Difahamkan sesiapa saja yang mengacau atau mengejek gadis misteri terbabit akan terkena musibah buruk. Akibat menghina, dipercayai ada rakan-rakannya yang sudah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian.
Status ibu bapa kandung Tiara masih menjadi persoalan hingga ke hari ini
Sejak kejadian itu, Tiara mula disisihkan kerana kawan-kawan mulai takut mendekatinya. Pernah mengalami gangguan mistik, bercakap seorang diri sambil menyisir rambut menggunakan tangan, dari situlah dia mendapat gelaran ‘Anak Pontianak’. Walaupun kisahnya tular, namun umur, ibu bapa kandung serta serta lokasi tempat tinggal Tiara masih menjadi rahsia sampai sekarang. Kini impiannya cuma satu iaitu mahu kembali ke sekolah setelah tertekan diejek sebelum ini.
@sipayul Kasihan🥺 #tiara #tiraanakbaik #tiarakartika #kuntilanak #horor #stopbullying #fyp #fypdongggggggg
SUMBER : ERIN SAKURA
BACA : [Video] Pelajar Dibuli Dalam Semak Sebab Tak Jumpa Cikgu Disiplin Sama-sama
[Video] Van jenazah bergerak sendiri, tangisan wanita didengari
Janda sebelah rumah pon jadi, Remaja 19 tahun tak memilih umur