Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Gelandangan warga emas m4ut dipukul di Perak

Gelandangan warga emas m4ut dipukul di Perak

Gelandangan warga emas m4ut dipukul di Perak. Mayat gelandangan dipercayai dibunuh dijumpai di lorong berhampiran kaki lima jalan Leong Sin Nam, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit dipercayai dipukul dan ditendang oleh seorang lagi gelandangan berusia 51 tahun.

Difahamkan, suspek dipercayai marah dengan mangsa sebelum bertindak menyerangnya.

Polis yang menerima laporan pada jam 5.20 pagi membuat pemeriksaan di lokasi dan menahan suspek dalam masa singkat.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, pekerja restoran yang enggan dikenali berkata, dia yang datang jam 3 pagi untuk menyediakan makanan terdengar bunyi pergaduhan berhampiran restoran pada jam 5 pagi.

“Saya mendengar orang bergaduh yang sangat kuat dan bunyi kaca pecah, saya kemudian keluar untuk melihat.

“Selepas itu, saya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi pagi ini.

Katanya, gelandangan yang menjadi mangsa sememangnya kerap tidur di sekitar kawasan itu.- HMetro

Baca: Warga emas m4ut dibelasah ketika solat di masjid

Kanak-kanak malang m4ut didera pengasuh warga asing di Johor

Warga emas OKU maut digilis lori selepas terjatuh motor

Share This Story

Berita Berkaitan