Gempa bumi 6.4 Skala Ritcher, 26 orang cedera. sekurang-kurangnya 26 orang cedera akibat gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter yang menggegarkan utara Filipina.
Gempa itu menyebabkan lapangan terbang antarabangsa ditutup buat sementara waktu, selain penduduk setempat lari bertempiaran akibat panik dan sebuah hospital turut mengalami kerosakan.
Gempa itu berlaku pada pukul 10.59 malam waktu tempatan semalam berhampiran pekan Dolores dan gegarannya boleh dirasakan sehingga Manila yang terletak lebih 330 kilometer ke selatan Filipina.
Pihak berkuasa memaklumkan, gempa itu menyebabkan 26 orang cedera di Ilocos Norte iaitu tempat kelahiran Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran bahawa penduduk masih perlu berhati-hati berikutan gempa susulan dan cuba mengelak duduk di bawah struktur tinggi yang berisiko untuk runtuh.
Selain itu, lebih 200 pesakit dipindahkan dari Hospital Mariano Marcos di bandar Batac yang terletak 60 kilometer ke utara pusat gempa.
Sekurang-kurangnya dua pekan di wilayah Cagayan terputus bekalan elektri buat sementara waktu akibat kerosakan grid kuasa.
Di pekan La Paz di Abra, sebuah gereja mengalami kemusnahan dengan bahagian dinding retak dan beberapa struktur runtuh.
Baca : Helikopter terhempas di Cameron Highlands