Guna 7 cara hilangkan kotor pada baju putih. Kotoran degil pada baju putih memang renyah untuk dibersihkan, apatah lagi bukannya boleh dibasuh sembarangan dengan cara ala kadar.
Bagi ibu-ibu, membasuh baju uniform sekolah anak-anak yang berwarna cerah memang menjadi satu tugas yang memerlukan banyak tenaga.
Bukan sahaja perlu menyental sisa kotoran seperti minyak, kicap atau sos, masa yang diperlukan juga lama bagi memastikan kesan betul-betul hilang sepenuhnya.
1. Asingkan baju putih
Langkah ini penting bagi mengelakkan baju tersebut tercampur dengan kotoran atau warna yang mudah luntur ketika membasuh.
Jangan sesekali membasuh dengan koleksi busana lain yang berwarna hitam atau merah ya.
2. Jangan terlalu padat
Setiap kali membasuh, mesti kalian suka menyumbat hampir semua pakaian di dalam mesin baju untuk jimat masa, bukan?
Selepas ini, kalau boleh pilih item yang mahu dibasuh mengikut warna dan jangan terlalu padat.
Ini kerana kotoran tidak dapat dibersihkan dengan sempurna disebabkan ruang sempit, malah baju bertambah kusam.
3. Pilih sabun yang tepat
Pilihan sabun yang tepat juga penting untuk menghilangkan kesan degil.
Selain memilih pencuci khas untuk pakaian berwarna cerah, ciri optical brighteners pada cecair pembersih juga perlu diutamakan.
Orang kata, sabun mandi dalam bentuk bata (buku) yang disagat halus antara petua ajaib untuk menghilangkan kesan. Cubalah!
4. Bahan peluntur tambahan
Jika kotoran masih belum hilang, kalian juga boleh mencuba menyental kawasan tercemar dengan serbuk soda bikarbonat.
Kalau masih tidak berpuas hati, rendam basuhan menggunakan cecair peluntur khas ya.
5. Opsyen air panas
Jika membasuh baju di dobi layan diri, pilihan air panas adalah yang terbaik untuk membasuh koleksi berwarna putih.
Selain dikatakan boleh menghilangkan bau peluh, kesan degil juga mudah ditanggalkan.
Malah, koleksi pun nampak seperti baharu.
6. Bilas basuhan dengan cuka
Mungkin cara ini jarang- jarang sekali digunakan, namun ia antara tip menjadi untuk membersihkan noda pada baju.
Ambil secawan cuka putih sebagai air bilasan, kemudian basuh semula dengan air panas selepas kotoran hilang.
7. Sidai di bawah sinar matahari
Akhir sekali, basuhan perlu dikeringkan di bawah cahaya matahari untuk kesan yang optimum.
Ini kerana sinar ultraviolet tersebut boleh membantu mencerahkan kembali warna pakaian.
Paling penting, bukan sahaja sisa kotoran dapat dibersihkan, baju putih pun bersih dan tidak kusam. Bahan-bahan peluntur tambahan yang digunakan juga mudah didapati dan tidak susah untuk dibeli.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di tiga negeri sehingga Isnin – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di tiga negeri sehingga Isnin ini. Hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku... Read more
Amaran angin kencang, laut bergelora di beberapa negeri hingga 25 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri sehingga 25 Disember... Read more
Inisiatif tuala wanita percuma, akhirnya menteri jawab ‘troll’ netizen – Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menjelaskan rancangannya untuk menangani kemiskinan haid selepas kenyataannya pada Isnin menimbulkan kekeliruan selain kritikan. Dia... Read more
Menteri naik semalam hari ini terus rosak ?. Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya sekali lagi tergendala pagi tadi dengan beberapa pengguna berkongsi gambar keadaan sesak di stesen... Read more
Lagi penampakan buaya di pantai Pengkalan Balak Melaka. Tular sebuah video yang merakamkan seekor buaya yang dipercayai berenang di pantai Pengkalan Balak Melaka. Sebelum ini juga pernah tular video seekor... Read more