Haaland akan menjadi pemain terbaik dunia. Erling Haaland sekali lagi bakal menjadi calon terbaik pemain terbaik dunia apabila meneruskan prestasi hebatnya ketika Manchester City mengorak langkah penting untuk mara peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan membenam FC Copenhagen 5-0, hari ini.

Penyerang sensasi Norway itu membuka jaringan City seawal minit ketujuh sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-32.
Jaringan sendiri Davit Khotcholava membolehkan skuad The Citizens selesa mendahului 3-0 ketika menutup separuh masa pertama.
Haaland dikeluarkan pada pertengahan babak kedua, namun City tetap menguasai permainan dan Riyad Mahrez menandakan penampilan ke-200 bersama kelab dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-55.
Julian Alvarez melengkapkan kemenangan besar tuan rumah ketika permainan berbaki 14 minit untuk ditamatkan.
Keputusan itu menyaksikan anak-anak buah Pep Guardiola mengungguli Kumpulan G dengan memenangi semua tiga perlawanan mereka.
Bekas kelab Haaland, Borussia Dortmund di tempat kedua dengan enam mata selepas membenam Sevilla 4-1 dalam satu lagi perlawanan.
City yang masih segar dengan kejayaan membelasah Manchester United 6-3, Ahad lalu kini akan menerima kunjungan Southampton dalam aksi Liga Perdana, Sabtu ini sebelum bertandang ke Copenhagen pada Selasa. – AGENSI
Important for the confidence, we keep going 🔥💪🏼 pic.twitter.com/J2yvJRpcot
— Riyad Mahrez (@Mahrez22) October 5, 2022
Baca: MB Kedah perli TMJ lagi?
Ini masalah iPhone 14 yang pengguna alami
Budaya ibubapa yang ‘merasuah’ anak-anak dari rumah punca rasuah makin berleluasa