Perak – Naib Presiden AMANAH, YB Adly Zahari mengajak rakyat supaya tidak terpedaya dengan mainan politik Pas kononnya DAP ancaman kepada negara.
Menurut Adly, “Pas 18 tahun berkawan dengan DAP. Amanah baru 7 tahun sahaja.”
Pas sedar kekuatan Pakatan Harapan (PH) terletak pada muafakat yang kukuh antara DAP, Keadilan dan Amanah. Dengan melemahkan DAP, Pas harap PH juga akan lemah.
“Apa yang dikata oleh Pas itu tidak betul. Negara kita jadi lemah kerana penyelewengan dan rasuah yang berleluasa. Bukan sebab DAP.”
Jika benar DAP musuh Pas, kenapa dalam pilihanraya Pas memilih untuk melawan UMNO?
Adly mengakhiri ceramahnya malam itu dengan mengajak rakyat supaya bangkit menyokong Pakatan Harapan kerana dalam tempoh 22 bulan PH memerintah, banyak pencapaian PH yang membanggakan seperti menurunkan indeks rasuah dan mendakwa perasuah ke muka pengadilan.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=gY3Ftwt93BA
Berita Berkaitan:
SPRM pun nak tahu Sanusi nak jawab apa pasal 6 soalan ini – Presiden Pejuang
Kita kena berenang tapi mereka ada bot – Adly Zahari
Lepas BN menang, yang jadi PM bukan Ismail Sabri – Tun Mahathir