Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

“Hormatlah mahkamah!” Peguam Najib didakwa ganggu perbicaraan kes 1MDB di mahkamah

"Hormatlah mahkamah!" Peguam Najib didakwa ganggu perbicaraan kes 1MDB di mahkamah

“Hormatlah mahkamah!” Peguam Najib didakwa ganggu perbicaraan kes 1MDB di mahkamah. Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak membuat aduan kepada Mahkamah Tinggi bahawa bekas perdana menteri dan pasukan peguamnya membuat ulasan di media mengenai kes sedang berjalan.

Pendakwa Raya Ad Hoc Gopal Sri Ram, berkata Najib melalui peguamnya, telah mengeluarkan kenyataan media semalam yang menyentuh isu sedang dibicarakan oleh mahkamah.

“(Dalam kenyataan media mereka), terdapat serangan secara langsung terhadap kami (pihak pendakwaan) di mana mereka mengatakan kami menyekat bukti dan gagal menyampaikan kepada mereka butiran lima transaksi dalam akaun bank tertuduh (Najib) dari 2011 hingga 2012.

“Kena hormatlah, tertuduh perlu menjalani perbicaraan di mahkamah, bukan di khalayak ramai. Tidak wajar saya menjawab secara terbuka juga,” katanya.

Sri Ram berkata, pihak pembelaan mengemukakan empat surat “kononnya” daripada seorang individu dikenali sebagai Putera Saud Abdulaziz Al-Saud pada sidang media semalam, yang mereka katakan membuktikan derma Arab kononnya yang didakwa diterima Najib.

“Surat itu telah dikemukakan dalam perbicaraan SRC International,” katanya, sambil menambah bahawa perbicaraan dan Mahkamah Rayuan dalam kes itu telah menolak pembelaan derma kerabat Arab kepada Najib.

Beliau juga berkata, jika pihak pembelaan mahu membicarakan kesnya di hadapan media dan membangkitkan isu yang telah ditolak oleh mahkamah sebelum ini, pihak pendakwaan mungkin akan meminta mahkamah mengeluarkan tegah siar (gag order) untuk menghalang perbincangan mengenai perbicaraan sedang berjalan.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohamed memberitahu mahkamah bahawa rakan peguam Shafee Abdullah akan menjawab mengenai perkara itu pada Rabu.

“Bagaimanapun, saya mahu membantah tindakan pihak pendakwaan mengemukakan penghakiman Hakim Nazlan (dalam kes SRC International). Kenyataan media tidak menyentuh mengenainya,” kata Aizuddin.

Nazlan Mohd Ghazali adalah hakim mengetuai perbicaraan SRC International yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib, yang kini sedang menjalani hukuman itu dan denda RM210 juta.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah berkata, beliau akan mendengar daripada Shafee mengenai perkara itu esok.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram ke atas dakwaan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Bekas perdana menteri itu hadir di mahkamah hari ini.

Baca: Selain Parlimen Najib juga mohon untuk melawat kawasannya di Pekan

Lagi bukti Najib terima AS$1.17 bilion daripada putera Arab Saudi

“Kamu ini bodoh !” Lepas kena pecat Zaharin maki cukup-cukup pemimpin UMNO

Share This Story

Berita Berkaitan