Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

“Imigresen yang paksa saya pakai tudung”- Sajat

“Imigresen yang paksa saya pakai tudung”- Sajat. Beberapa tahun lepas, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat menggemparkan ramai dengan penampilannya yang bertudung di kota suci Mekah. Susulan isu tersebut, dia telah menerima kecaman yang hebat dari netizen malah turut dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Baru-baru ini, isu tersebut kembali menjadi bualan ramai selepas Sajat menceritakan kisah sebenar yang berlaku selepas ditanya oleh netizen. Menerusi sesi ‘live’ yang dilakukan di platform Tik Tok itu, netizen kembali mempertikaikan tindakan Sajat yang berpenampilan seperti wanita semasa mengerjakan umrah dua tahun lalu.

Sajat kemudian mendedahkan hal sebenar dan mengakui dia bukan sengaja melupakan isu dia memakai niqab dan bertelekung semasa berada di sana. Menurutnya, dia memakai sedemikian kerana telah dipaksa oleh pihak imigresen di negara terbabit.


“Lillahi ta’ala sumpah. Memang saya sampai di Imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai niqab (telekung).”

@dedeqadnan #sajatvideo #masukfyp #fypgakni #fypgakni #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ original sound – dedeqadnan

Namun ada juga yang mengecam tindakan Sajat berpakaian seperti wanita di sana kerana boleh mengelirukan jemaah wanita yang lain. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsikan pandangan mereka susulan pendedahan yang dibuat Sajat ini. –himpunanceritalawak

“Memang kena pakai telekung sebab tak nak ada fitnah dekat sana nanti.”


Baca : [Video] Tragedi 6 tahun lalu berulang kembali

Mahkamah perintah Syed Saddiq bela diri 4 pertuduhan

Kerajaan tanggung rugi RM23.8 juta

Share This Story

Berita Berkaitan