Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Insiden maut, tiang gol hempap murid

Insiden maut, tiang gol hempap murid .Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dihempap tiang gol ketika aktiviti sukan di Pekan Manggatal semalam.

Bagaimanapun,murid berusia 11 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu,

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal, mangsa adalah salah seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yuk, Manggatal.


“Mangsa dipercayai dihempap besi palang tiang gol sewaktu berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang terbabit.

“Kejadian disedari bapa mangsa serta guru sekolah itu sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan segera.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital namun disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memaklumkan siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial sejak petang semalam video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Baca : TNB arahkan 25,000 kakitangan sedia hadapi banjir

Mayat reput : Tukang gunting rambut sengaja b*unuh teman wanita

Jasad adik tinggal tulang , selalu merajuk dan hilangkan diri

Share This Story

Berita Berkaitan