Isteri susah bersalin sebab banyak dosa pada suami ?. “Kesian dekat ibu-ibu Malaysia ini, bila susah nak bersalin, difitnah sebab banyak dosa la. Bila senang bersalin, diberi kredit kepada makanan la, produk overclaim la. Sekarang ini suami pula nak ambil kredit.”
Perunding Kesihatan Wanita dan Kehamilan Berisiko Tinggi, Dr. Imelda Balchin berkata demikian susulan terdapat seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa isterinya dimudahkan proses bersalin sebanyak empat kali ekoran dia sudah memaafkan segala kesalahan dan dosa isterinya tersebut.
Komen dibuat lelaki tersebut, atas maklum balas kepada hantaran Dr. Imelda Balchin sebelum ini yang mengingatkan agar seorang ibu diberikan kredit jika mudah bersalin bukannya memberi penghargaan kepada makanan dimakan ibu tersebut mahupun sebarang produk ‘overclaim’ yang disifatkan mengarut.
Berikutan itu, Dr. Imelda yang sememangnya terkenal dengan ketegasannya melawan produk-produk ‘overclaim’ serta pantang larang mengarut ketika ibu sedang hamil membuat kenyataan balas ke atas komen lelaki itu.
Ini berikutan, apa yang cuba disampaikan lelaki tersebut adalah redha seorang suami juga sama penting dalam membantu mempermudahkan banyak urusan malah katanya kenyataan dibuat bukanlah bersifat ingin merendahkan kaum ibu sebaliknya hanya petua yang ingin dikongsikan bersama.
Sumber : Facebook Imelda Balchin
Baca: Aksi panas dan ‘seksi’ atas katil artis ini kena kecam netizen
Berang anak kuat mencuri si ibu cangkul anak sampai meninggal dunia
“Itu satu-satunya anak yang ada” Kanak-kanak meninggal jatuh kerusi adalah anak tunggal