Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Jangan sertai trend ‘Challenge’ di TikTok – Ahli Majlis Ulama

Jangan sertai trend 'Challenge' di TikTok - Ahli Majlis Ulama

Jangan sertai trend ‘Challenge’ di TikTok – Ahli Majlis Ulama. Ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Manea menegaskan ‘challenge’ dalam media sosial khususnya aplikasi TikTok adalah sejenis perjudian dan membazirkan wang yang jelas merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Jangan sertai trend 'Challenge' di TikTok - Ahli Majlis Ulama

Beliau yang juga merupakan anggota Akademi Fiqh Islam Antarabangsa berkata, perjudian itu adalah sejenis denda dan harta rampasan yang melibatkan jumlah yang dicabar serta individu yang terlibat akan menerima wang tersebut.

“Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan di bawah sebarang konteks, tidak kira sama ada melibatkan interaksi antara dua orang sesama jantina ataupun berbeza jantina,” katanya lapor Saudi Gazette.

Kenyataan ulama tersebut dikeluarkan susulan cabaran dalam aplikasi TikTok semakin menjadi trend dalam media sosial.

TikTok menjadi platform bagi pelbagai jenis video pendek seperti gurauan, aksi lasak, tarian dan hiburan antara 15 saat hingga 10 minit.

Cabaran di TikTok adalah kempen atau trend yang mengundang orang ramai untuk menghasilkan video mereka sendiri berdasarkan tugas khusus seperti menonjolkan bakat atau aktiviti.- Utusan

Baca: Budaya ibubapa yang ‘merasuah’ anak-anak dari rumah punca rasuah makin berleluasa

Tubuh dah kena ‘ratah’ baru nak menyesal…

Kanak-kanak malang m4ut didera pengasuh warga asing di Johor

Share This Story

Berita Berkaitan