Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Jasad adik tinggal tulang , selalu merajuk dan hilangkan diri

Jasad adik tinggal tulang , selalu merajuk dan hilangkan diri. Seorang abang akhirnya berjaya menyempurnakan jasad adik perempuannya yang hilang sejak Julai lalu selepas tulang dan tengkorak yang ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit disahkan sebagai milik adiknya itu.

Azizan Lani, 62, berkata, dia dan keluarga menyempurnakan pengebumian jasad adiknya, Mona Liza Lani, 58, yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) di Tanah Perkuburan Kariah Juasseh di sini, malam kelmarin.


Ia selepas pihak polis menyerahkan tulang serta tengkorak adiknya itu selepas Jabatan Kimia membuktikan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas sampel tulang dan gigi yang dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit pada pertengahan bulan September lalu adalah milik adiknya itu.

“Arwah selalu merajuk dan kerap menghilangkan diri, namun, berjaya ditemukan sama ada melalui bantuan polis mahupun penduduk setempat.


“Tetapi, kali ini adik menghilangkan diri dan hanya tulangnya sahaja yang ditemukan oleh pekerja ladang kelapa sawit yang hanya terletak kira-kira dua kilometer dari rumah di Kampung Juasseh Hilir,” katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jasad adiknya itu.

Azizan yang merupakan pesara kerajaan berkata, dia mula sepenuhnya menjaga adik ketiganya itu sejak bapanya, Lani Tahir meninggal dunia lima tahun yang lalu.

Difahamkan, tulang-tulang Mona Liza ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit 13 September lepas kira-kira pukul 6 petang. Siasatan di lokasi menemui tengkorak dan beberapa tulang lain serta pakaian dan ubat-ubatan yang bertulis nama Mona Liza. –UTUSAN

Baca : Ketua Polis Melaka atur strategi hadapi PRU-15

Viral Sarang tikus di cili kering

Kereta terbakar, mangsa rentung sepenuhnya

Share This Story

Berita Berkaitan