Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kecoh ! Makcik Nasi Lemak marah peniaga lain jual menu sama

Kecoh ! Makcik Nasi Lemak marah peniaga lain jual menu sama. Semalam tular sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali oleh ramai orang di media sosial menunjukkan pergaduhan antara peniaga-peniaga nasi lemak dipercayai berlaku di sekitar VADS, TTDI.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat seorang mak cik dipercayai peniaga nasi lemak yang telah lama berniaga di situ telah bertindak menyerang peniaga di gerai lain disebabkan berasa tidak puas hati apabila menu jualan mereka sama.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat mak cik nasi lemak bersama seorang lelaki itu turut ‘memetik’ nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kawasan perniagaan tersebut dan mengeluarkan kata-kata kasar untuk menghalau pemilik gerai yang baru sebulan memasang khemah disitu.


Video yang tular itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang serta berasa pelik dengan perangai mak cik tersebut yang bertindak marah peniaga lain yang menjual menu yang sama.

Kecoh ! Makcik Nasi Lemak marah peniaga lain jual menu sama

Tidak hanya itu, para netizen mengatakan bahawa ‘kuasa membeli’ berada di tangan pembeli dan tidak seharusnya mak cik itu berbuat demikian serta sepatutnya dia mencari ‘kelemahan’ dalam masakannya apabila lebih ramai memilih untuk membeli di gerai lain.

Malah, rata-rata netizen menyelar tindakan biadab mak cik itu dan mengatakan dia seakan dengki dan tidak percaya dengan rezeki sehingga boleh ‘menyerang’ peniaga lain hanya disebabkan mereka berniaga jualan yang sama. Walau bagaimanapun, kesahihan punca pertengkaran tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan video asal telah dipadam. –TheVocket

Baca: Ajaran ‘bercakap’ dengan duit untuk jadi kaya, ajaran sesat yang ramai tak sedar

Selain Amir raja lawak, artis ini juga tak malu berniaga tepi jalan, katanya yang penting Halal

“Macam mana nak untung kalau berniaga macam ni..” Walaupun diri sendiri susah, lelaki ini tetap berniaga untuk tolong orang susah

Share This Story

Berita Berkaitan