Kejam! Rantai leher anak macam ‘anjing’. Seorang ibu tergamak merantai leher dua anaknya yang masih kecil seperti anjing dan meninggalkan mereka bersendirian dalam rumah yang gelap.
Kedua-dua anaknya berusia enam dan tiga tahun.
Kejadian itu berlaku di Tabanan, Bali dan perbuatan ibu tersebut turut dibantu oleh kekasihnya.
Lapor Tribunnews, kes tersebut terbongkar pada Sabtu lalu selepas jiran tetangga terdengar bunyi tangisan dari rumah mangsa.
Beberapa penduduk setempat kemudiannya datang ke rumah mangsa dan bunyi tangisan semakin jelas didengari menyebabkan mereka memanjat pagar untuk melihat apa yang berlaku.
Menerusi tingkap, jiran tetangga dapat melihat seorang daripada anak wanita tersebut dirantai lehernya pada besi tingkap.
Seorang lagi anaknya pula ditemukan dirantai kakinya pada pintu bilik.
“Kedua-duanya tidak dipakaikan baju, hanya berseluar pendek, selain mereka duduk dalam keadaan rumah bergelap.
“Penduduk kampung kemudiannya melaporkan kes tersebut kepada polis,” menurut Ketua Polis Tabanan, Ranefli Dian Candra.
Selepas laporan dibuat, polis bergegas ke rumah wanita tersebut dan menyelamatkan dua anaknya.
Kedua-dua kanak-kanak itu menangis dan memberitahu mereka lapar.
Dalam pada itu, ibu dua kanak-kanak tersebut bersama kekasihnya sudah ditahan bagi membantu siasatan.
Polis memberitahu, alasan wanita itu merantai anaknya adalah kerana mereka degil dan nakal.
Sementara itu, penduduk setempat memaklumkan, wanita dan dua anaknya baru berpindah ke kawasan tersebut empat bulan lalu dan sepanjang tempoh tersebut, mereka sering terdengar bunyi tangisan kanak-kanak. -Agensi
Baca : Mahkamah perintah Syed Saddiq bela diri 4 pertuduhan
Kerajaan tanggung rugi RM23.8 juta
[Video] Mengalir air mata bapa, anak gadisnya ‘check in’ Hotel