Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ketua Polis Melaka atur strategi hadapi PRU-15

Ketua Polis Melaka atur strategi hadapi PRU-15. Polis Melaka telah mengatur pelbagai strategi bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjalan lancar dan ketika menghadapi Monsun Timur Laut yang berkemungkinan mengakibatkan banjir di negeri ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata sebanyak 1,800 anggota dan pegawai diatur gerak untuk penugasan berkaitan PRU15 manakala 250 anggota dan pegawai akan ditugaskan untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku dalam tempoh berkenaan.


“Kita juga akan mengatur gerak aset pasukan yang akan digunakan pada PRU15 dan sekiranya banjir berlaku seperti bot.

Kita juga akan memohon bantuan sumber manusia daripada sukarelawan dan badan bukan kerajaan untuk membantu.

“Selain itu, cuti bagi kira-kira 2,572 anggota dan pegawai polis di Melaka telah dibekukan lebih awal sehingga PRU15 berakhir bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di sini lewat malam tadi.


Beliau ditemui selepas merasmikan Program Cegah Jenayah dan Walkabout sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2022 yang turut dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.

Mengulas lanjut, Zainol berkata pihaknya juga telah mengenal pasti kerusi panas daripada enam Parlimen di negeri ini pada PRU15 dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar pada hari mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka dan keselamatan mereka adalah jaminan polis,” katanya.

Beliau berkata parti politik yang ingin menggunakan dron dalam tempoh berkempen perlu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). — BERNAMA


Baca : ‘Kalau saya jadi PM , saya potong gaji, elaun PM’ – DSAI

Ketua Menteri Melaka akan bertanding di Masjid Tanah – Sumber

Lepas Melaka United digugurkan saingan Piala Malaysia, Pemuda UMNO buat laporan polis pada fb Melaka United Fans

Share This Story

Berita Berkaitan