Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kita akan laksana kesemua isi Bajet 2023 selepas jadi Kerajaan – Tun Mahathir

Putrajaya – Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua isi kandungan Bajet 2023 yang telah dibentangkan kelmarin oleh Tengku Zafrul sekiranya rakyat memberi peluang kepada Gerakan Tanah Air (GTA) memerintah negara ini selepas PRU 15.

“Kalau GTA menang, kami akan laksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.” kata Tun dalam siaran video pendek di laman rasmi facebook Dr Mahathir Mohamad.


“Jika ada tempat-tempat yang kita boleh perbaiki dengan lebih baik kita akan usahakan tapi kita tidak akan kurangkan apa yang telah dimasukkan dalam bajet itu,”

Respon awal Tun Mahathir tentang Bajet 2023 yang dibentangkan itu nampak seolah-olah ia mahu membantu rakyat di semua lapisan.

“Nampak dia nak bagi duit pada semua. Baguslah. Kita (GTA) pun nak buat begitu..”

Baca juga:

Lepas BN menang, yang jadi PM bukan Ismail Sabri – Tun Mahathir

Penjenayah ‘kayangan’ tidak digari, pengamal media pula digari dan didakwa – Tun Mahathir

“Azmin Ali kurang ajar dan penipu besar !” – Mukhriz Mahathir

Share This Story

Berita Berkaitan