Kita kena berenang tapi mereka ada bot – Adly Zahari. Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka Adly Zahari sekali lagi menyelar kerajaan UMNO yang mahu melaksanakan pilihanraya umum ketika musim banjir.
Dalam ucapan beliau di Majlis ceramah Himpunan Bangkit Negeri Melaka kemarin menyatakan bahawa UMNO mahu laksanakan PRU15 ketika musim banjir adalah disebabkan mereka boleh menggunakan jentera-jentera kerajaan memandangkan mereka masih ada Perdana Menteri interim dari UMNO.
“Kita kena berenang, dia (UMNO) ada bot” Ini adalah muslihat mereka untuk laksanakan PRU15 ketika musim banjir, kata Adly
Adun Bukit Katil itu menyeru agar Pakatan Harapan dapat menjadi penyatu kepada rakyat dalam menyelamatkan negera.
Video penuh (Tiktok) :
@adlyzaharii #pakatanharapan #amanah #melakabangkit #inirumahkita #dunbukitkatil ♬ Victory – Nevvlife
Baca: PAS tuduh PH anti-Islam? Jawapan Adly ini sampai sekarang PAS masih tak jawab
PN goyang jika Adly ke Alor Gajah
UMNO takut jika peratus keluar mengundi tinggi – Adly Zahari