Kubah masjid besar terbakar, api marak ‘hint’ bala dari Allah. KUBAH besar di sebuah masjid terbakar dan runtuh pada petang Rabu, mengakibatkan kepulan asap tebal.
Kebakaran berlaku di sebuah masjid di utara Jakarta, Indonesia, pada kira-kira pukul 3 petang.
Ia dikatakan berlaku ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan di bangunan masjid.
Masjid tersebut terletak di bangunan kompleks milik Pusat Islam Jakarta (JIC), sebuah pusat pengajian dan pengembangan Islam.
Polis mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam insiden tersebut.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Menurut polis, empat pekerja syarikat kontraktor yang ditugaskan untuk pengubahsuaian masjid tersebut disoal siasat. – Jakarta Globe
Baca : Kejam! campak kucing dari tingkat 15