Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sistem kutipan tol tanpa henti akan dilaksanakan – Menteri

Sistem kutipan tol tanpa henti akan dilaksanakan – Menteri. Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025 dalam usaha mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sudah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Sistem kutipan tol tanpa henti akan dilaksanakan - Menteri

Dengan pelaksanaan MLFF, katanya, kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol dan tiada palang tol.

Perlaksanaan MLFF ini dikatakan mampu mengatasi kesesakan lalu lintas terutama di kawasan plaza tol seterusnya dapat mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini di kawasan tersebut.

“Seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya.

“Selepas itu, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF…kita akan mewujudkan ‘command centre’ (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya,” katanya dalam sesi libat urus menteri kerja raya bersama media.

Menurut Fadillah, MLFF antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 kementeriannya yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.

Beliau memaklumkan kementeriannya turut memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya.

Katanya, ia bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.

Sementara itu, Fadillah berkata, kementeriannya akan memfokuskan isu keselamatan jalan raya seperti yang dibincangkan pada Persidangan Dunia ITS ke-28 dari 19 hingga 22 Sept lepas di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kata kunci: Sistem kutipan tol tanpa henti / Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF)

Baca: Saksi nampak Jho Low di rumah Najib ketika mahu membuka akaun

Jangan sertai trend ‘Challenge’ di TikTok – Ahli Majlis Ulama

Ini masalah iPhone 14 yang pengguna alami

Share This Story

Berita Berkaitan