Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lelaki di penjara 5 tahun, ganggu isteri orang di whatsapp

Lelaki di penjara 5 tahun, ganggu isteri orang di whatsapp. Mahkamah jenayah Al-Ahsa di Wilayah Timur Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap seorang lelaki selepas dia didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang sudah berkahwin, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.


Mahkamah sama memutuskan untuk menutup akaun WhatsApp tertuduh dan me­rampas telefon bimbitnya ke­rana disalah guna untuk me­lakukan jenayah.

Pihak pendakwa raya mengemukakan pertuduhan terhadap defendan berikutan petisyen yang difailkan oleh suami mang­sa.

Tertuduh itu didakwa cuba memikat wanita itu dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp dengan konotasi seksual dan tidak senonoh, serta mengajaknya me­lakukan hubungan seks.

Pihak pendakwa raya menya­takan bahawa tertuduh memperoleh nombor telefon wanita itu semasa menjalankan tugas rasmi.


Mahkamah sama mendapati tertuduh mengaku telah menghantar mesej kepada isteri pempetisyen, dan mengakui nombor telefon bimbit yang digunakan dalam jenayah itu adalah miliknya.

Lelaki itu juga mengaku berkomunikasi dengan wanita itu dengan konotasi seksual yang jelas dan menjemputnya untuk melakukan persetubuhan.

Mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman penjara tersebut berdasarkan undang-undang Anti Jenayah Siber Arab Saudi.
– Agensi

Baca : Helikopter terhempas di Cameron Highlands

9 Tips Menarik IOS 16 Iphone 2022

[Video] Macam drama TV3, bertengkar tepi jalan di JB

Share This Story

Berita Berkaitan