Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lepas BN menang, yang jadi PM bukan Ismail Sabri – Tun Mahathir

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan akan berlaku kemelut dalaman UMNO selepas mereka memenangi pilihanraya.

Katanya, kemelut tercetus kerana parti itu tidak mahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui negara, katanya kepada Nikkei.

“Pasti ada konflik kerana saya yakin mereka tidak mahu perdana menteri sekarang terus berkuasa,” katanya yang dipetik agensi itu.

Mahathir menjangkakan Ismail mungkin tidak dilantik sebagai perdana menteri lagi dan calon lain selain Zahid iaitu timbalan presiden Mohamad Hasan sebagai tokoh paling layak.

“Beliau yang paling kurang terlibat dengan jenayah,” katanya.


Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu Associated Press, kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong Umno.

Dakwa Mahathir, sokongan itu beralih selepas pengundi ditawarkan wang dan inisiatif lain.

Bekas perdana menteri itu juga menjangkakan Umno akan memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana mereka ada banyak wang.

Baca juga: Penjenayah ‘kayangan’ tidak digari, pengamal media pula digari dan didakwa – Tun Mahathir

Najib akan dibebaskan jika UMNO menang PRU15 – Tun Mahathir

Siapa Puad jika dibandingkan dengan Dr. Mahathir?

Share This Story

Berita Berkaitan