Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lesen Pakar Saham digantung DDNK masih berdiam diri

Lesen Pakar Saham digantung DDNK masih berdiam diri. Kecoh pada bulan lalu apabila pakar saham popular negara, Datuk Dr Nazri Khan menjadi buah mulut netizen selepas dilaporkan telah berkahwin buat kali yang kedua dengan seorang gadis umur 20-an. Memaklumkan kepada umum sanggup membelanjakan lebih RM500,000 untuk majlis perkahwinan dengan tema Beauty and the Beast antara yang membuatkan nama pasangan ini menjadi sebutan.

Di sangka isu yang kecoh sudah mula reda, DDNK baru-baru ini telah dilanda dengan sebuah lagi kontroversi apabila dilaporkan pihak Suruhanjaya Sekuriti telah menggantung lesen DDNK selama 6 bulan bermula 6 Oktober 2022.

Lesen Pakar Saham digantung DDNK masih berdiam diri

Isu yang berlaku jelas menimbulkan pelbagai respon di kalangan netizen mengetahui beliau sebagai pakar saham popular negara serta sering mempromosikan mudahnya buat duit dengan saham menerusi saluran radio.

Selain itu, DDNK juga popular dengan menguruskan pelaburan InterPac Dana Safi yang dikatakan saiz dananya kira kira RM20.14 juta daripada para pelabur yang berminat untuk menggandakan wang.

Lesen Pakar Saham digantung DDNK masih berdiam diri

Difahamkan, meskipun lesen DDNK telah digantung Suruhanjaya Sekuriti selama 6 bulan, dana Inter-Pacific ini masih lagi diurus oleh dua individu yang disahkan sebagai pengurus dana berlesen.


Dalam erti kata lain, pergantungan lesen DDNK tidak memberi kesan kepada pengurusan dana di mana para pelabur masih berpeluang mengeluarkan wang seperti biasa.

Setakat ini, isu lesen DDNK digantung ini masih belum menerima sebarang respon oleh DDNK sendiri menerusi laman Facebook atau Instagram. Maklumat pergantungan lesen DDNK ini telah dikongsikan oleh umum dan sedia untuk disemak dengan klik di sini.

Baca: Pengguna telefon Android kena waspada dengan taktik scammer ini

Kena b0gel untuk mohon biasiswa, wanita akui ditipu ejen

[Video] Abam polis ini kongsi taktik ‘scammer’ Touch&Go buat kerja tipu orang

Share This Story

Berita Berkaitan