Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Malang! Pelancong diculik dan disumbat dalam sangkar anjing selama 20 hari

Malang! Pelancong diculik dan disumbat dalam sangkar anjing selama 20 hari. Seorang pelancong wanita dari Shanghai, China dilapor telah diculik dari sebuah kelab malam di Filipina. Lebih mengejutkan apabila si penculik tergamak mengurung mangsa di dalam sangkar anjing selama 20 hari.

Malang! Pelancong diculik dan disumbat dalam sangkar anjing selama 20 hari. Seorang pelancong wanita dari Shanghai, China dilapor telah

Memetik laporan Daily Star UK, mangsa dikatakan telah diterkam oleh suspek ketika dia bersama seorang rakannya di sebuah kelab malam di Pampanga, Filipina pada 17 Oktober lalu. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah di Barangay Alangilan sebelum dia dikurung di dalam sangkar anjing selama tiga minggu.


Menurut sumber, teman lelaki mangsa telah menerima satu video dari nombor tidak dikenali yang memaparkan teman wanitanya itu dipukul dengan kayu besbol. Tambahnya lagi, suspek telah menghubunginya meminta wang tebusan sekitar £180,000 bersamaan RM 945,510 untuk kebebasan teman wanitanya itu.

Difahamkan, polis berjaya menyelamatkan wanita itu selepas dia melarikan diri daripada penculiknya. Susulan daripada penemuan mangsa, polis bertindak menyerbu lokasi mangsa diculik, tetapi suspek telah melarikan diri. Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis masih berusaha menjejaki suspek.

Baca: Sindiket culik di Genting. Hati-hati dengan wanita asing berpakaian sebegini

“Saya sempat tendang muka dan alat sulit” Pelakon Lufya berhadapan aksi sebenar berlawan dengan penculik yang ingin menculik anaknya

Sebulan jadi hamba s3ks wanita kongsi pengalaman pahit

Share This Story

Berita Berkaitan