Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Malaysia kalahkan Latvia, raih kemenangan kedua

Malaysia kalahkan Latvia, raih kemenangan kedua. Malaysia meneruskan rentak cemerlang selepas meraih kemenangan kedua menewaskan Latvia 5-0 dalam saingan Kumpulan A Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2022 di Sepanyol, pada Selasai.

Skuad remaja negara meraih mata pertama menerusi beregu campuran Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen yang mengecewakan Rihards Zugs-Arina Babre 21-12, 21-8 dalam perlawanan di Paalcio de Deportes de Santander.

Pemain perseorangan lelaki Justin Hoh meraih kemenangan mudah ke atas Toms Salam 21-4, 21-3 untuk mata kedua diikuti perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman yang menyumbang mata ketiga dengan kemenangan 21-10, 21-8 ke atas Anna Kupca.


Gandingan Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean melebarkan mata buat skuad negara selepas menundukkan beregu lelaki Latvia, Edzus Meirans-Rihards Zugs 21-11, 21-7 sebelum beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting melengkapkan kemenangan menewaskan Arina Babre-Anna Kupca 21-4, 21-8.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, juara bertahan Indonesia mudah mengalahkan Sweden 5-0.

Malaysia yang memulakan kempen dalam saingan Kumpulan A menewaskan Sweden 5-0 pada Isnin, akan berdepan Indonesia hari ini, bagi merebut slot ke suku akhir.

Sebanyak 38 negara diundi dalam lapan kumpulan mengambil bahagian dalam acara berpasukan campuran itu.

Setiap juara kumpulan akan mara ke suku akhir manakala naib juara pula berentap dalam penentuan tempat 9-16, tempat ketiga akan bersaing merebut tempat 17-24 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan menentukan kedudukan 24-32 dan 33-38.

–>BERNAMA

Baca : Penyanyi popular meninggal dunia, rebah di pentas

Kronologi penculikan warga palestin di Malaysia

Penunggang motosikal tercampak dalam gaung

Share This Story

Berita Berkaitan