Muzium Paling Seram Asia Ada Di Malaysia?. Korang tahu kat negara kita ada sebuah muzium perang, yang dilabel sebagai paling seram di Asia?. Lokasi muzium tersebut ada kaitan sebagai tapak kem tentera Jepun masa PERANG DUNIA KEDUA dulu.
Menurut pengasas muzium ini, Johari Shafie, Muzium Perαng Pulau Pinang pada asalnya merupakan kubu pertahanan lama yang dibina British pada tahun 1930 dengan kos £40 juta.
Bagi memastikan pembinaan kubu ini tidak diketahui sesiapa, tenaga buruhnya terdiri daripada banduan hukuman mati yang dibawa dari seluruh tanah jajahan mereka. Walaupun ia siap sembilan tahun kemudian, ia dianggap berbaloi kerana menawarkan pemandangan laut sekitar 320 darjah.
British berharap dengan kubu pertahanan baru ini, ia dapat melindungi Pulau Pinang dari asakan tentera Jepun. Ini kerana kubu ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti terowong rahsia dan bilik bawah tanah.
Ia turut dilengkapi persenjataan canggih termasuk dua laras meriam berdiameter 15 inci, panjang 40 kaki dan berupaya menembak sejauh 36 kilometer. Tetapi apa yang diharapkan mereka tidak kesampaian. Jepun berjaya menaklum Malaya dalam waktu yang sangat singkat!
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kubu ini berperanan sebagai tempat soal siasat, penyeksaan dan hukuman mati. Ia juga turut berperanan sebagai tempat transit bagi mengangkut buruh paksa ke Thailand untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut.
Bila ditanya lokasi paling menyeramkan sekitar muzium, beliau mengakui kebanyakan lokasi muzium sentiasa menawarkan cabaran menyeramkan kepada pelawat dan kakitangan muzium.
Antara bangunan yang dikatakan membuatkan bulu roma meremang ialah bangunan penjana tenaga. Semasa pendudukan Jepun, ia ditukar peranan sebagai bilik penyeksaan tahanan. Justeru, jangan terkejut jika ada terhidu bau seakan minyak tanah bila berada di bangunan berkenaan.
Johari turut mendedahkan terowong bawah tanah kubu sedalam 100 kaki ini pada asalnya digunakan untuk menyimpan peluru dan senjata Jepun. Semasa era Jepun, banduan yang dihukum bunuh akan digantung sampai mati.
Setelah tahanan disahkan mati, kepalanya akan dipenggal dengan badan mangsa jatuh ke dasar terowong. Kebiasaannya, kepala-kepala mayat tahanan yang tidak dituntut akan dibawa ke tempat tumpuan orang ramai sebagai amaran kepada sesiapa yang cuba mencabar hegemoni Jepun.
Penemuan jerangkap samar dan pengurusan sisa tulang tahanan dan tentera Jepun yang terbunuh di kubu berkenaan merupakan antara cabaran yang dihadapi Johari semasa menukarnya sebagai Muzium Perαng Pulau Pinang hari ini.
Tetapi pada 30 Jun 2002, Johari menghela nafas lega kerana diberi kebenaran membangun, membina dan mengurus sebuah muzium perαng di Pulau Pinang. Beliau menganggarkan kos keseluruhan pembangunan muzium berjumlah RM22 juta yang dibiayai syarikat miliknya dan keluarga.
Semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan, Johari menemui lebih 5,000 laras senapang milik tentera Jepun, senjata tajam dan kelongsong peluru. Ia turut membawa penemuan infrastruktur kubu seperti penjara, berek dan terowong bawah tanah.
Bagi sisa tulang dipercayai milik tahanan dan askar Jepun yang dijumpai, ia ditanam di satu lokasi rahsia sebelum Muzium Perαng Pulau Pinang dibuka kepada orang ramai.
Bohonglah tiada siapa ‘diganggu’ semasa melawat atau bekerja di muzium berkenaan. Cakaplah apa saja gangguan, kakitangan muzium dan Johari sudah rasa seperti siulan tanpa kelibat, ternampak imej lembaga bergambar dan terdengar suara-suara halus.
Malah, beliau juga pernah melihat kelibat kelawar setinggi 10 meter semasa bermain paintball pada waktu malam. Tetapi semua itu tidak mematahkan keazamannya untuk terus menambahbaik dan memelihara muzium untuk tatapan generasi mendatang.
Disebabkan pengalaman menyeramkan ini, tidak hairanlah mengapa National Geographic menggelar muzium ini sebagai antara lokasi paling menyeramkan di Asia pada 2013.
SUMBER : THE PATRIOT
BACA : Tular! Anjing Berlari Sambil Menggonggong Kepala…
[Video] Hari Halloween Bertukar Tragedi, 149 maut di Itaewon