Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Parlimen bubar 12 Oktober?

Sejak semalam desas-desus menyatakan Parlimen akan dibubarkan pada 12 Oktober 2022 telah diviralkan dan malam semalam Umno telah membuat keputusan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini, kata setiausaha agungnya, Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan di ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur malam semalam.

Justeru katanya, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, semua jentera parti di setiap peringkat diarahkan memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran parlimen sehinggalah tarikh PRU15.

PRU 15 dijangka akan dibuat pada minggu pertama November.

Share This Story

Berita Berkaitan