Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

PDRM mohon kerjasama orang ramai cari Jho Low

PDRM mohon kerjasama orang ramai cari Jho Low. Mana-mana pihak yang mempunyai bukti keberadaan dan lokasi terkini dialu-alukan menyalurkan maklumat tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengeluarkan ‘red notice’ (orang dalam buruan dikehendaki untuk pendakwaan) dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) tetapi sebarang maklumat baharu boleh disalurkan kepada pihak PDRM, kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Kaedah Red notice adalah lebih baik kerana menggunakan elemen kerjasama dan maklumat perisikan yang lebih tepat.

“Kaedah ini memerlukan mana-mana 195 negara anggota yang mempunyai maklumat berkaitan Jho Low bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat terbabit kepada Malaysia bagi membolehkan tindakan ekstradisi dibuat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada polis sudah menghubungi dua wartawan iaitu Tom Wright dan Bradley Hope mengenai dakwaan mereka bahawa Jho Low dan keluarganya dilihat di China dan Hong Kong pada tahun 2018 dan 2019 serta mengapa kerajaan tidak menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat terkini mengenai keberadaan Jho Low.

Hamzah berkata, setiap maklumat yang diterima mengenai keberadaan Jho Low di negara Asing sentiasa diteliti kesahihannya termasuk menggunakan saluran antarabangsa sedia ada.

Menjawab Soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai langkah diambil untuk mengesan dan menahan Jho Low, Hamzah berkata, KDN melalui PDRM tidak pernah berhenti dan komited dalam usaha mengesan dan membawa pulang ahli perniagaan terbabit.

“PDRM turut menjalin kerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, pihak berkuasa Singapura dan agensi penguatkuasaan negara lain.

“PDRM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low supaya menyalurkannya melalui talian CCID Infoline di 013-211 1222 (WhatsApp sahaja) atau di mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jho Low didakwa masih bersembunyi di China dan perkara itu didedahkan penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’, Bradley Hope menerusi episod pertama program ‘Di Mana Jho Low’ yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube, pada 31 Ogos lalu.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai.

Hope berkata, gambar didakwa bertarikh 24 Disember 2019 itu diterimanya daripada sumber boleh dipercayai.

Hope sebelum ini melancarkan kempen menjejak Jho Low dengan meminta orang ramai mengesan ahli perniagaan dalam buruan itu.

Jho Low berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya.

Baca: Giliran Dr. Mahathir ‘tibai’ BERSATU pula

Selain Parlimen Najib juga mohon untuk melawat kawasannya di Pekan

Lagi bukti Najib terima AS$1.17 bilion daripada putera Arab Saudi

Share This Story

Berita Berkaitan