Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Pemecatan Zaharin adalah amaran buat Ismail Sabri – Mukhriz

Pemecatan Zaharin adalah amaran buat Ismail Sabri - Mukhriz

Pemecatan Zaharin adalah amaran buat Ismail Sabri – Mukhriz. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkemampuan “memecat” naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob, seperti mana dilakukan Najib Razak yang memecat timbalan presidennya ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, berkata berdasarkan pengalaman, Zahid boleh mengambil tindakan sama seperti pemimpin parti terdahulu dengan memecat Ismail jika tidak mengikut kehendak memberi laluan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Malah, Mukhriz menyifatkan pemecatan Zaharin Mohd Yasin dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Mohd Yusof Ismail, sebagai ‘tembakan amaran’ buat Ismail.

“(Bekas perdana menteri) Najib (Najib Razak) pernah memecat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa melalui mesyuarat (perhimpunan) agung khas Umno untuk membahas tindakan itu.

“Tentunya Ahmad Zahid juga boleh memecat seorang naib presiden walaupun beliau memegang jawatan perdana menteri,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan tahun ini dan perdana menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah, mendakwa satu-satunya sebab Umno mendesak PRU15 diadakan tahun ini adalah bagi mengelak lebih ramai pemimpin parti itu dihukum melalui saluran undang-undang, selain bagi membebaskan Najib dari penjara.

Katanya, Pejuang mengecam tindakan itu kerana mengheret rakyat dalam proses pilihan raya ketika negara berdepan kemungkinan banjir besar seperti diramalkan pakar meteorologi.

“Alasan Umno adakan PRU15 dalam tahun ini juga kononnya untuk mengembalikan hak rakyat, membolehkan mandat sebenar diperoleh dan kerajaan stabil dapat dibentuk hanya satu penipuan.

“Semua pihak tahu ini bagi mengelak lebih ramai pemimpin Umno dihukum dan dipenjarakan, selain untuk melepaskan Najib dari penjara. Mungkin rakyat akan menghukum Umno pula pada PRU15,” katanya.-FMT

Baca: UMNO tak kisah rakyat mati, GTA dah ada plan B – Tun Mahathir

“Jangan tuduh ‘kegagalan’ kerajaan PH disebabkan Tun Mahathir seorang” – PEJUANG Muda

Hipokrit ! Serangan Terhadap Tun Mahathir hanya dendam dan nafsu semata-mata – Pejuang Perak

Share This Story

Berita Berkaitan