PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap kebebasan media di negara ini susulan tindakan Peguam Negara mendakwa bekas ketua pengarang The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris atas pertuduhan jenayah fitnah.
Tindakan editor didakwa dan digari sebagai penjenayah biasa adalah sesuatu yang menakutkan.
Menurutnya, lebih memburukkan lagi adalah menggari seorang editor memberi isyarat sangat salah kepada negara berkenaan dengan sistem keadilan dan peraturan undang-undang.
“Ini apabila penjenayah berprofil tinggi lain yang pernah disabitkan kesalahan boleh berjalan dengan bebas tanpa gari dan malah dibenarkan menghadiri sidang Parlimen.
“Walaupun kedua-dua kes itu berbeza, prinsip keadilan dan kesaksamaan harus digunakan secara sama rata,” katanya.
Kata beliau “Selain ia menghalang usaha untuk mempromosikan kebebasan akhbar yang telah dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dalam pemerintahannya.
“Tindakan sedemikian hanya akan menghakis lagi kebebasan dalam penarafan akhbar, yang mana telah mengalami kemerosotan besar dalam dua tahun lalu,”
Beliau berkata, kedua-dua pihak boleh menyelesaikan pertikaian mereka itu melalui proses sivil.
“Pertama sekali adalah individu atau syarikat berkenaan yang merasakan dianiaya sepatutnya menyaman editor dan penerbitan kerana memfitnah.
“Inilah berlaku dalam kebanyakan kes lain yang kita saksikan dalam pertikaian melibatkan laporan media,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bekas ketua pengarang penerbitan The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris didakwa mengikut Kanun Keseksaan di dua Mahkamah Majistret berasingan di Petaling Jaya berhubung dua laporan berita yang diterbitkan mengenai lonjakan saham.
Azam didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah memfitnah dan seorang pengarang semasa, M Shanmugam juga dinamakan dalam salah satu pertuduhan itu.
Berita Berkaitan:
Najib akan dibebaskan jika UMNO menang PRU15 – Tun Mahathir
“Azmin Ali kurang ajar dan penipu besar !” – Mukhriz Mahathir
Orang kata anak-anak Mahathir kaya sebab ayah ? Ini jawapan Tun M