Pintu kerjasama sentiasa terbuka untuk Mahathir dan Muhyiddin – Anwar. Walaupun berbeza pendapat dengan Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan mereka bekerjasama sekali lagi.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bahawa pintu kerjasama sentiasa terbuka untuk dua bekas perdana menteri itu.
Bagaimanapun, dia menegaskan PH hanya akan menerima mereka yang komited dengan prinsip mereka.
“Kami (PH) komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan rasuah.
Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka,” kata Anwar kepada pemberita.
Kenyataannya itu dibuat sebagai menjawab soalan khusus sama ada dia bersedia mempertimbangkan untuk menerima Mahathir dan Muhyiddin sebagai sekutu sekali lagi, selepas apa berlaku susulan sejarah hitam Langkah Sharaton pada 2020.
“‘Come together’ itu memang kenyataan yang lunak seperti bersatu, bersatu itu apa, ada orang bersatu yang nak rompak, ada bersatu dengan macam cerita persatuan 40 penyamun. Jadi bersatu itu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip yang jelas.
“Ada kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan dasar perkauman atau fanatik agama, itu prinsip utama dan kalau bersetuju silakan, ini bukan mirip monopoli mana-mana parti,” katanya lagi.- Malaysiakini
Baca: Saya tiada masalah mahu kerjasama dengan Anwar – Tun Mahathir